Sunday, April 12, 2015

RISAU SUSU ANDA TIDAK CUKUP UNTUK ANAK?

YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!

Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
  • Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  • Diapers berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dlm tempoh 24jam.
  • Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran.
  • Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
  • Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
  • Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
  • Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
  • Berat akan bertambah mengikut umur.
  • Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Jika semua tanda di atas dialami oleh baby anda. Anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yg mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran. Ini kerana kebiasaannya bayi yg baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu. Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.

Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari. Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari. Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan. Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan. 

Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
  • Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
  • Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
  • Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
  • Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
  • Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
  • Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
  • Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
  • Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF. Percayalah Penyusuan Susu Ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan. Penyusuan Susu Ibu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.

Credit to Noorfazilah Rahman
Breastfeeding Peer Counselor

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment