Friday, April 17, 2015

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 2

Assalamualaikum mommies!
Ikuti sambungan CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FROZEN EBM - susu ibu beku
3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :
1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.
1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.
1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.
1.4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.
1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip
1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.
1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.5
NOTA PENTING :
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan
#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan
#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan
#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)
2.1 Setelah mengikuti langkah 1.5, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.
2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.
2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.
2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.
2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.
2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.
Nota PENTING :
#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam.
#Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.
#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave TEMPOH HAYAT EBM Seperti dalam jadual di bawah.

TEMPOH HAYAT SUSU IBUTEMPOH HAYAT SUSU IBU
FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULANFROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULAN


FROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULANFROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULAN


FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJAFROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJA


CHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER UNTUK DIJADIKAN STOK BEKUCHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER UNTUK DIJADIKAN STOK BEKU

Credit to Noorfazilah Abd Rahman
Breastfeeding peer counselor

Semoga Bermanfaat!

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Thursday, April 16, 2015

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 1

Assalamualaikum mommies..
Anda bekerja? Masih ingin anak mendapatkan susu ibu sepenuhnya. Mesti lah boleh. Jom kita tengok cara nak handle susu.

Kenali dulu istilah yang akan DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.

TEMPOH HAYAT 
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.

1PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
1.1 BREASTPUMP :
  • Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)
  • Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..
  • Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
  • Pastikan dalam keadaan bersih dan kering
  • Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     
Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..      

2. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
2.1 Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
  • Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
  • Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh)
2.2 Jika berada di pejabat :-
  • Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
  • Corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer. Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah.
2.3 Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-
  • Anda boleh terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
  • Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
  • Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang..
# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
3.1 Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
3.2 Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
3.3 Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
3.4 Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok

4. BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH? (Rujuk Gambar)
4.1 Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan FRESH/CHILLED EBM juga..
4.2 Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller.


Botol 1 : CHILLED / FRESH EBM
Botol 2 : FROZEN EBM
Botol 3 : FROZEN EBM
Botol 4 :  CHILLED / FRESH EBMBotol 1 : CHILLED / FRESH EBM Botol 2 : FROZEN EBM Botol 3 : FROZEN EBM Botol 4 : CHILLED / FRESH EBM

Credit to Noorfazila Abd Rahman

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Wednesday, April 15, 2015

NOTA KHAS BUAT IBU YANG BAKAL DAN BARU MELAHIRKAN : PANDUAN MEMULAKAN PENYUSUAN MENJELANG KELAHIRAN DAN SETELAH MELAHIRKAN

Assalamualaikum..

Semua wanita yang bergelar IBU yang normal pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yg tersayang. Kerana susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yg pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi. Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan. Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini oleh beberapa orang ibu yang membuatkan saya rs agak kesal. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan PSI anda tidak seharusnya MALAS untuk mencari maklumat kerana dunia hari ini segala maklumat berada di hujung jari. Sy tidak begitu risau pada ibu-ibu BIJAK yang mengambil tindakan berhubung dengan saya atau MBfPC yang lain atau telah bersiap sedia membuat 'homework' menjelang saat kehamilan. Cuma yang merisaukan saya ialah golongan ibu yang ada keinginan tetapi agak CULAS mencari ilmu.

KENAPA ANDA PERLU MENYUSUKAN ANAK?
1. Kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak tanpa memerlukan anda mengeluarkan modal yg tinggi. Modalnya cuma ILMU dan KASIH SAYANG.
2. Penyusuan Susu Ibu (PSI)  memenuhi keperluan fizikal anak malah ia juga memenuhi keperluan emosi dan rohaninya. Ini semua tidak akan dapat dipenuhi melalui susu formula walau harganya puluhan RM.
3. PSI melengkapi fasa kehidupan seorang wanita.
4. PSI akan membuatkan anak semakin hari semakin dekat dan jatuh cinta pada anda. Kerana kalian berkongsi segala-galanya terutama makanan dari dalam kandungan sehinggalah mereka berusia 2 tahun.
5. PSI bukan hanya mengenyangkan perut bayi sebaliknya dibekalkan sekali dengan kasih sayang dan jaminan keselamatan. Biasanya ibu menyusukan anak dengan memangku dan memeluk mereka, sambil membelai anak kecil itu membuatkan anak berasa selamat dan disayangi.

REALITI YANG WAJIB BUAT SEMUA IBU DAN BERSEDIALAH UNTUK BERHADAPAN DENGAN SITUASI YANG BAKAL ANDA LALUI MENJELANG KELAHIRAN DAN SETELAH MELAHIRKAN.

1. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA / HOSPITAL BUKAN RAKAN BAYI (TIDAK MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU)
  • Anda WAJIB memaklumkan pada pihak hospital tentang pilihan anda untukMENYUSUKAN ANAK HANYA DENGAN SUSU IBU (exclusive breastfeeding). Jika tidak, anak anda akan diberi susu formula sebagai minuman pertama mereka. 
  • Pastikan anak diberi pada anda dlm tempoh sejam selepas dilahirkan untuk disusukan buat kali pertama. Rangsangan awal ini sangat-sangat penting. Jika anda bersalin secara normal, anda WAJIB untuk memohon supaya anak anda tidur bersama anda(ROOM IN) bagi membolehkan anda menyusukan bayi sekerap yang boleh atau mengikut permintaannya (FEEDING ON DEMAND).
  • Kebiasaannya anda akan dibekalkan dengan sample susu formula dr brand tertentu. Sebaiknya, buang atau beri pada ibu lain yang tidak berhasrat untuk menyusukan anak mereka. Bila anda terus menyimpan dan punya hasrat kononnya untuk dijadikan sebagai susu "back up",  mind set anda akan terganggu dan badan tidak bersedia 100% untuk menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak anda.
2. JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN / HOSPITAL RAKAN BAYI 
  • Perjalanan penyusuan anda tidak begitu sukar kerana kebiasaannya nurse sendiri yg akan membawa bayi kepada anda untuk disusukan sama ada sewaktu doktor sedang menjahit luka atau selepas semuanya selesai. Kebiasaannya jam pertama selepas kelahiran anak anda telah pun dapat menyusu direct dengan anda.
  • Jika dlm tempoh 2-3jam selepas melahirkan nurse masih tidak membawa anak kepada anda, maklumkan pada mereka.
  • Jangan risau kerana anak kita dilahirkan dan dibekalkan oleh Penciptanya dengan naluri hisapan yang kuat. Mereka pandai menyusu secara semulajadi walaupun tanpa diajar.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH BAYI DILAHIRKAN?

1. SUSUKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN
  • Manfaatkan sebaiknya 20-30min pertama selepas kelahiran ini kerana Refleks Rooting dan hisapan adalah paling tinggi dalam masa tersebut.
  • Satu hingga dua jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal payudara dan belajar menyusu.
  • JIka anda perasan sekeliling kawasan areola terdapat kelenjar2 yg timbul seperti urat timbul itu sbrnye di namakan Kelenjar Montgomery, kelenjar ini lah yang menghasilkan bau yg unik membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.
2. SUSUKAN ANAK SEKERAP MUNGKIN
  • Susukan bayi setiap jam sekali atau 2 jam sekali. Kebiasaannya bayi yang baru lahir lebih banyak tidur. Jangan biarkan mereka tidur sebaiknya kejut bayi untuk menyusu. Pastikan anak menyusu 8-12kali dlm tempoh 24jam. Lebih kerap lebih baik!
  • Lebih banyak bayi menghisap payudara lebih tinggi hormon oksitosin dan prolaktin terhasil dengan izin Allah lebih banyak susu akan dihasilkan.
  • Jika anak kerap mahu menyusu ia merupakan suatu yang normal dan sangat baik,JANGAN MERUNGUT! sebaliknya penuhilah permintaannya. Ini kerana, bayi sedang membantu payudara anda menghasilkan susu yang meriah. Susu hanya akan banyak jika payudara menerima stimulasi maksimum dari bayi.
3. JANGAN SESEKALI MEMBERI BAYI MENYUSU MENGGUNAKAN BOTOL SUSU DAN PUTING TIRUAN!
4. FAKTA YANG WAJIB ANDA TAHU!
  • Jika ibu diberi ubat penahan sakit, terdapat kesan sampingan pd bayi : ada kemungkinan bayi tidak dapat memulakan penyusuan kerana mamai ataupun hisapan tidak teratur.
  • Bayi menggemari rasa manis, hebatnya ciptaan Allah kerana kolostrum yang tinggi dengan laktosa berasa agak manis!
  • Kebiasaannya bayi baru lahir menghabiskan 60% masanya dengan tidur, bagaimanapun setelah itu mereka akan kerap bangun untuk menyusu dan diselang selikan dengan tidur yang singkat.
  • Dalam bulan pertama kelahiran suatu yang NORMAL jika bayi menyusu lebih kurang 5-10 kali dalam tempoh 2-3jam! Ini dinamakan sebagai cluster feeding. Tapi sayangnya, kebanyakan ibu mengganggap situasi ini merupakan tanda anak mereka lapar dan tak cukup susu! Ibu2, ternyata anda silap sama sekali!!!
  • Ramai ibu beranggapan mereka tidak mempunyai susu kerana apabila memicit puting tiada susu yang keluar. Ini merupakan MITOS semata-mata, masakan tidak. Kolostrus sudah mula terhasil sejak hamil dan selepas bersalin dgn kuantiti yang SEDIKIT bersesuaian dengan saiz perut bayi baru lahir.
  • Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Saya ulang sekali lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Dan ulang lagi, Adalah normal jika payudara nampak seperti TIADA SUSU pada hari pertama kelahiran ini kerana susu matang belum terhasil yang ada cuma KOLOSTRUM yang pekat dan sedikit sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah susukan lah anak sekerap yang boleh.
  • Payudara TIDAK AKAN terus bengkak dan penuh dengan susu pada hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Payudara hanya akan mula membengkak bila susu matang mula terhasil. Selepas semua kolostrum dan "transitional milk" terhasil dan dinikmati oleh bayi barulah susu matang terhasil.
  • Waktu inilah baru ibu dapat lihat susu memancut bila puting di picit, waktu ini juga barulah susu mula menitik dan membasahi baju anda dan fasa bengkak susu mula terjadi. Kebiasaannya selepas 4 hari atau seminggu barulah ianya terjadi.
  • Jadi saya merayu selepas ini, janganlah ada lagi ibu yang memberi tahu mereka TIADA SUSU, TAK CUKUP SUSU, ANAK KELAPARAN, ANAK TAK CUKUP SUSU! Jika anda sendiri culas menyusukan anak sekerap mungkin.
Sejujurnya, seikhlas hati saya ingin katakan pada anda semua. Bukan mudah untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu kerana ianya memerlukan pengorbanan yang tiada taranya. Kesakitan, keperitan, kepedihan, luka, penat, mengantuk semua nya WAJIB dilalui sebelum anda mahukan HASIL YANG LUMAYAN! Ini semua menuntut PENGORBANAN, KESABARAN, KEYAKINAN dan SEMANGAT yang tiada tolok bandingnya.

Ini semua cara Allah swt melatih dan mengajar semua ibu menjadi seorang yang KUAT, TABAH dan benar-benar BERSEMANGAT untuk memberikan yang terbaik, dengan izin Allah swt anak yang lahir dan dibesarkan kelak penuh dengan KEKUATAN, KETABAHAN dan sentiasa BERSEMANGAT meneruskan kehidupan. Barulah berbaloi diletakkan keistimewaan SYURGA di bawah telapak kaki seorang IBU!

SALAM PENYUSUAN SUSU IBU!

Credit to Noorfazila Abdul Rahman

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Monday, April 13, 2015

CLOTH DIAPER @ LAMPIN KAIN MODEN ( INFO UNTUK MOMMIES YANG BERCADANG NAK BERTUKAR DR DD KE CD)

Assalamualaikum mommies!



Sekarang dalam misi nak melatih Ahnaf off diapers. Pada masa yang sama nak Humairah tukar dari pampers ke cloth diapers. Jom study sikit pasal cloth diapers.

* Cloth diaper (CD) ataupun lampin kain moden adalah 'pampers' yang boleh dibasuh dan diguna semula. Di Malaysia CD masih lagi baru diperkenalkan dan ia adalah sebagai lampin alternatif yang selamat untuk dipakaikan kepada bayi. Tidak perlu lagi menggunakan pelindung lampin @ pin yang besar ...

>bahagian luar CD adalah PUL (polyurethane laminate)material yang membuatkannya kalis air , tidak bocor.

>bahagian dalam CD adalah microfleece yang akan membuatkan bayi rasa kering.

>bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah mikrofiber insert. Insert / soaker adalah 3 lapisan mikrofiber yang menjadikannya 5x lebih berkesan serapannya berbanding towel biasa.

*Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan terhadap anak dimana keseluruhan materialnya adalah kain. Campuran bahan kimia ini boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi anda.

*Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin.

*Disamping berjimat, penggunaan CD juga bakal menyelamatkan alam sekitar di mana disposable diaper memakan masa selama 300-500 tahun untuk lupus. (DD merupakan 50% daripada sampah domestik rumah dan sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya)

*Kini, terdapat pelbagai jenis cloth diaper di pasaran dengan pelbagai corak dan mengikut kemampuan ibu bapa. CD ini kemas, selesa dan mudah dipakaikan. Lebih menarik lagi, CD ini boleh di adjust saiz dari S, M, L & XL. Boleh dipakai lama dari baby baru lahir hingga 3-4 tahun... MENARIK KAN.

Sumber:

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Sedikit fakta utk dikongsi bersama. Menarik!

  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Semoga bermanfaat!

Sunday, April 12, 2015

RISAU SUSU ANDA TIDAK CUKUP UNTUK ANAK?

YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!

Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?
  • Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  • Diapers berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dlm tempoh 24jam.
  • Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran.
  • Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
  • Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
  • Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
  • Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
  • Berat akan bertambah mengikut umur.
  • Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Jika semua tanda di atas dialami oleh baby anda. Anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yg mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran. Ini kerana kebiasaannya bayi yg baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu. Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.

Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari. Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari. Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan. Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan. 

Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?
  • Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
  • Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
  • Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
  • Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
  • Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
  • Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
  • Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
  • Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF. Percayalah Penyusuan Susu Ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan. Penyusuan Susu Ibu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.

Credit to Noorfazilah Rahman
Breastfeeding Peer Counselor

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia

Saturday, April 11, 2015

BERAPA JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG BAYI YANG BARU DILAHIRKAN?

FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA BAKAL IBU DAN IBU YANG BARU MELAHIRKAN.

Ramai di kalangan ibu yang gusar dan tidak yakin dgn kemampuan diri mereka untuk menghasilkan susu yg cukup untuk anak yg bakal mereka lahirkan.

Tetapi tahukan anda bayi yg baru dilahirkan hanya memerlukan sebanyak 5.0 - 7.0ml sahaja iaitu lebih sedikit dr sudu kecil. Jumlah ini akan bertambah sedikit demi sedikit mengikut usia bayi. Jadi manfaatkan sebaiknya waktu ini. Pastikan anda memberi priority untuk menyusukan anak terlebih dahulu. Pada waktu ini tak perlu fikir untuk mengepam untuk bekalan stok sebaliknya susukan anak sekerap yang boleh. Bayi hanya memerlukan beberapa titik susu sahaja untuk mengenyangkan perut mereka yg saiznya sangat kecil.

Sebab tulah di awal kelahiran susu matang masih belum dihasilkan sebaliknya yg terhasil cuma cairan kuning keemasan yg dinamakan KOLOSTRUM yg mana fizikalnya pekat, likat dan sgt sedikit. Walaupun sedikit tetapi kandungan kolostrum sangat penting untuk bayi kerana selain mengandungi vitamin dan mineral penting untuk perkembangan bayi ia juga mengandungi antibodi yg dapat membantu menghalang anak dari dijangkiti penyakit dengan izin Allah swt. Selian itu, terdapat pelawas (julap) semulajadi yg tidak dapat dalam mana-mana susu lain. Ini membantu badan bayi menyingkirkan meconium (najis awal) di hari2 terawal kelahiran anak..

Kebiasaannya adalah normal jika payudara anda masih tidak mengeluarkan susu yang byk di awal kelahiran kerana biasanya hari ketiga barulah payudara mula membengkak dan susu mula banyak kerana kehadiran kolostrum mula diganti dengan "transitional milk" dan seterusnya susu matang. Tetapi dgn syarat anda perlulah menyusukn baby sekerap mungkin. Sebaiknya susukan baby FOD (feeding on demand) lebih kerap baby menyusu lebih kerap payudara dirangsang lebih byk susu akan dihasilkan..

Anda perlu tahu juga, kebiasaannya 3 hari pertama kelahiran, air kencing bayi sedikit sahaja ada kalanya berwarna kemerahan atau seakan warna karat. Ini adalah normal kerana air kencing bayi yg baru dilahirkan mengandungi asid urik yang tinggi. Kekerapan, warna dan najis bayi yang menyusu dengan susu ibu dan susu formula adalah berbeza. 




Credit to Noorfazilah Rahman

Happy breastfeeding mommies! Sekiranya berminat, boleh cuba Set Titisan Emas Shaklee.

✍ PM: Siti abby
✐ Blog: Faizabby.blogspot.com
✉ Email: sitifabillah@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6624455
➲ COD area: Seremban, sikamat, rasah, seremban 2.
Pos laju seluruh malaysia